Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Innalilahi, Khabar Duka Dari PELAWAK popular Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah Hari Ini Telah Meninggal Dunia Si...(Baca Artikel Penuh)

Innalilahi, Khabar Duka Dari PELAWAK popular Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah Hari Ini Telah Meninggal Dunia Si...(Baca Artikel Penuh)


PELAWAK popular Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 33, berkongsi berita duka apabila ibunya, Ngaisah Hasaan, 74, telah meninggal dunia kira-kira pukul 12.46 tengah malam tadi.


Difahamkan, arwah ibunya meninggal dunia akibat kanser pankreas dan baru sahaja menjalani pembedahan di Johor Bahru, baru-baru ini.

“Ya Allah. Permudahkan perjalanan mak di sana. Kami reda ya Allah. Saya atas motosikal lagi, baru balik dari kerja. Mak baik. Mak pergi di bulan yang baik (Ramadan).

“Semoga mak jalani waktu yang terindah. Al-Fatihah,” tulis Achey menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, menerusi hantaran di Instagram Story, Achey turut memohon bantuan van jenazah untuk membawa pulang jenazah arwah ibunya dari Johor Bahru ke Segamat.

Sebelum ini, Achey memaklumkan kondisi kesihatan ibunya itu tidak berada dalam keadaan baik dan kerap keluar masuk hospital untuk mendapatkan rawatan doktor pakar.


Malah, Achey turut sanggup berulang alik dari Kuala Lumpur ke Johor setiap minggu untuk menjaga arwah.

Untuk rekod, pada Jun tahun lalu, Ngaisah pernah dimasukkan ke wad berpunca daripada masalah saluran pankreas yang juga dikatakan penyakit jarang dijumpai hingga menyebabkan berat badannya susut lebih 20 kilogram.

Posting Komentar untuk "Innalilahi, Khabar Duka Dari PELAWAK popular Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah Hari Ini Telah Meninggal Dunia Si...(Baca Artikel Penuh)"